Shamsul diganti, Adam Adli ambil Aaih Ketua PKR Melaka

December 16, 2025 · Politik

Shamsul Iskandar Mohd Akin digugurkan daripada jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkuat kuasa semalam, dengan kedudukan itu kini disandang oleh timbalannya, Adam Adli Abd Halim.

Keputusan tersebut dibuat oleh Biro Politik PKR dan diumumkan Setiausaha Agung parti, Fuziah Salleh, pagi ini, tidak lama selepas Shamsul didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Menurut Fuziah, pelantikan Adam Adli sebagai Pengerusi MPN PKR Melaka dibuat bagi memastikan kelangsungan kepimpinan dan pentadbiran parti di negeri berkenaan berjalan lancar.

“Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta hasil pertimbangan Biro Politik,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Bagaimanapun, Fuziah memaklumkan jawatan Shamsul sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal buat masa ini.

Pada 4 Disember lalu, Shamsul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM176,830 daripada seorang ahli perniagaan, Albert Tei.

Mengikut pertuduhan, Shamsul didakwa menerima wang suapan itu ketika berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada perdana menteri pada masa berkenaan, sebagai balasan membantu syarikat milik Tei mendapatkan lesen perlombongan mineral di Sabah.

Dalam kes yang sama, Tei turut didakwa kerana menawarkan rasuah berkenaan.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan perubahan kepimpinan di peringkat negeri PKR Melaka, dengan Adam Adli yang juga timbalan menteri belia dan sukan kini memikul tanggungjawab menerajui parti di negeri tersebut.

Berita berkaitan
UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi
2 jam lalu· Politik
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
2 jam lalu· Politik
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
12 jam lalu· Politik
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
May 1, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO Negeri Sembilan sedia jadi pembangkang: Jalaluddin
2 jam lalu · Politik
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
12 jam lalu · Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
12 jam lalu · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
May 1, 2026 · Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
May 1, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok