Shamsul Iskandar Md Akin.
Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap empat pertuduhan rasuah melibatkan RM176,829.03.
Kesalahan itu didakwa berkaitan dengan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Bekas setiausaha politik kanan kepada perdana menteri itu kelihatan tenang dengan memakai batik berwarna cerah dan berseluar hitam.
Dia menjawab, “Faham puan, tidak mengaku bersalah, mohon bicara,” setelah keempat-empat tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Menurut pertuduhan pertama, Shamsul Iskandar, selaku ejen kerajaan, didakwa menerima suapan wang tunai RM100,000 daripada seorang ahli perniagaan, Tei Jiann Cheing atau Albert Tei.
Tujuannya adalah sebagai dorongan untuk membantu syarikat yang berkepentingan dengan ahli perniagaan itu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Perbuatan itu didakwa berlaku di tempat letak kereta YTL Majestic Hotel pada 24 November 2023.
Selain itu, beliau turut didakwa menerima wang tunai RM40,000 daripada individu yang sama di sebuah premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya pada 29 Januari 2024 bagi tujuan serupa.
Dua lagi tuduhan melibatkan penerimaan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 daripada ahli perniagaan yang sama di lokasi dan tempoh yang berbeza.
Semua tuduhan dibawa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jika sabit kesalahan, Shamsul Iskandar berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda yang berat.
Prosiding kes akan diteruskan untuk perbicaraan.
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum