Shamsul Iskandar letak jawatan selepas isu surat sokongan tular

November 25, 2025 · Politik

Shamsul Iskandar Md Akin hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan di media sosial, Shamsul mendakwa percubaan untuk menyerangnya “dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani”.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya dalam kenyataan peletakan jawatannya.

Shamsul juga berkata dia menyerahkan surat letak jawatan kepada Anwar pagi tadi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat telah menegur setiausaha politiknya memandangkan peraturan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran surat sokongan kepada kontraktor yang terlibat dalam projek hospital.

Anwar berkata hanya boleh menulis sila teliti walaupun bagi surat yang ditujukan kepadanya, dan kontrak boleh disemak tetapi tidak boleh diberi sokongan automatik.

Susulan isu tersebut, bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendesak Anwar perlu bertindak lebih daripada sekadar menegur, dan memecat setiausaha politik berkenaan.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata hanya dengan cara itu perdana menteri akan menghantar mesej jelas mengenai komitmennya membanteras rasuah.

“Itu yang sepatutnya berlaku. Jangan tegur. Pecat sahaja,” kata Rafizi dalam satu video yang dimuat naik pada akaun Facebook miliknya.

Anwar bagaimanapun berkata tidak akan memecat Shamsul susulan isu tersebut memandangkan ia bukan satu arahan untuk meluluskan sesuatu projek sebagai membalas gesaan Rafizi supaya setiausaha politik berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

“Surat itu bukan arahan. Anda dengar orang bercakap tentang rasuah ada satu dua kes, tetapi mereka langsung berdiam diri tentang berbilion ringgit yang dicuri apabila ia melibatkan rakan atau penyumbang mereka.

“Bagi saya, ini lebih serius. Saya tidak ada simpati kepada mereka yang melarikan berbilion. Kamu pejam mata pada semua kes besar ini tetapi memperbesarkan isu kecil… betul, ia memang tidak boleh dibiarkan, tetapi ia tidak patut disamakan dengan kes berbilion yang dicuri,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
4 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
5 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
7 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
3 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
5 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
6 jam lalu · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
6 jam lalu · Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok