Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar.
Jawatankuasa khas siasatan telah memulakan siasatan berhubung isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, susulan dakwaan berkaitan pegangan saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan.
Perkembangan itu disahkan oleh Peguam Negara, Mohd Dusuki Moktar, yang mengetuai jawatankuasa berkenaan.
“Siasatan telah pun bermula dan pada peringkat awal ini, kami sedang mengumpul semua maklumat berkaitan kes tersebut,” katanya dipetik laporan media.
Menurut kenyataan sebelum ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, jawatankuasa itu turut disertai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican.
Jawatankuasa berkenaan diberi mandat menjalankan siasatan terperinci bagi memastikan proses keadilan dan tadbir urus dilaksanakan secara telus.
Keputusan serta syor siasatan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dan pihak berkuasa tatatertib untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sedia ada.
Isu ini mula mendapat perhatian selepas laporan media antarabangsa Bloomberg mendakwa Azam memiliki saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Bagaimanapun, Azam sebelum ini menegaskan pegangan saham bernilai kira-kira RM800,000 dibuat secara telus dan mematuhi semua prosedur.
“Tiada apa yang disembunyikan. Semua telah diisytiharkan dan saham itu juga sudah dilupuskan dalam tahun yang sama,” katanya sebelum ini.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib