Kes rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perjanjian bernilai kira-kira RM1.1 bilion antara Kerajaan Malaysia dan sebuah syarikat asing yang didakwa mempunyai unsur ketirisan serta dimeterai secara tergesa-gesa.
Menurut laporan portal BH yang memetik sumber, beberapa saksi penting, termasuk Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Ekonomi, dijangka dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan perjanjian berkenaan.
“Berdasarkan maklumat awal, cadangan perjanjian ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, namun ia tetap diteruskan,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, terdapat dakwaan bahawa beberapa individu yang sebelum ini berkhidmat di kementerian terbabit dilantik memegang jawatan kanan dalam syarikat berkenaan selepas meninggalkan perkhidmatan awam.
Perkara itu kini turut menjadi antara fokus siasatan.
Isu berkenaan timbul selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan membuat aduan rasmi, mendakwa perjanjian tersebut berat sebelah dan berpotensi memberi implikasi kewangan besar kepada kerajaan.
Susulan aduan serta dokumen yang diserahkan, SPRM dilaporkan mendapatkan beberapa dokumen berkaitan daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Februari lalu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan namun enggan mengulas lanjut.
“Siasatan masih di peringkat awal dan kita akan panggil individu berkaitan untuk membantu siasatan,” katanya ringkas.
Kes ini dijangka terus menjadi perhatian memandangkan jumlah peruntukan yang besar serta implikasinya terhadap integriti pengurusan kewangan negara.
SPRM menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam memastikan sebarang unsur salah laku disiasat secara menyeluruh.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib