Isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
UMNO Johor kekal dengan pendirian menolak sebarang usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), walaupun terdapat gesaan daripada DAP supaya parti itu bersama-sama Kerajaan Madani meneruskan agenda berkenaan.
Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah, menegaskan pelawaan tersebut ditolak secara jelas dan muktamad.
“Tidak adalah jawapan saya,” katanya ringkas ketika diminta mengulas kenyataan DAP mengenai isu itu.
Kenyataan tersebut dibuat sebagai reaksi terhadap pandangan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP merangkap Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, yang berharap UMNO Johor dapat menyokong usaha mengiktiraf UEC di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.
Sheikh Umar sebelum ini menegaskan pendirian DAP terhadap UEC konsisten sejak sekian lama dan tidak berubah sama ada ketika menjadi pembangkang atau kerajaan.
Menurutnya, pengiktirafan UEC telah dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum 2018 sebagai sebahagian daripada komitmen reformasi pendidikan.
Beliau berkata, langkah awal berkaitan UEC pernah dimulakan ketika PH membentuk kerajaan, namun usaha itu terhenti susulan kejatuhan kerajaan pada 2020.
“Isu ini bukan soal politik sempit, tetapi melibatkan keadilan pendidikan dan prinsip anti-diskriminasi terhadap pelajar sekolah persendirian Cina,” katanya.
Pada masa sama, Sheikh Umar menyambut baik isyarat positif Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung isu UEC dan menyatakan harapan agar UMNO Johor dapat bersama Kerajaan Madani bagi meneruskan perbincangan dan kajian lanjut.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib