Skandal rasuah Sabah, SPRM dedah dua individu bakal didakwa

June 12, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan dua individu bakal didakwa di mahkamah berhubung dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu di Sabah.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki hari ini tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai individu yang terbabit tersebut.

“Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah Kali Ke-2 Tahun 2025 anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), hari ini.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.

Susulan itu, SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti yang tular itu.

Pada 6 Jun lalu, Azam mengesahkan SPRM telah melengkapkan kertas siasatan berhubung satu video yang didakwa mengaitkan seorang Adun Sabah.

Kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dua minggu lebih awal.

Pada 29 April lalu, Azam memaklumkan bahawa analisis forensik terhadap 10 klip video yang diserahkan kepada suruhanjaya itu pada 11 Mac lalu sedang diteliti.

Klip-klip video itu didakwa mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan beberapa Adun lain dalam skandal berkenaan.

Pemberi maklumat di sebalik video-video tersebut— seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Albert — turut menyerahkan bukti tambahan pada hari yang sama.

Bukti itu dilaporkan merangkumi hampir 300 muka surat yang mengandungi nama-nama saksi, perbualan WhatsApp, rekod panggilan dan dokumen.

Berita berkaitan
Tuanku Muhriz terima menghadap Ismail Lasim: Bernama
22 jam lalu· Politik
Jalaluddin Alias hangat disebut bakal jadi MB Negeri Sembilan: Laporan
November 17, 2026· Politik
Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat
November 15, 2026· Isu semasa
Pemimpin rasuah bukan wajar diagungkan: Anwar
November 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC desak Anthropic jelaskan dakwaan manipulasi AI sasar pengundi Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
MOF sasar hutang kerajaan turun kepada 60 peratus KDNK pada 2030
10 jam lalu · Isu semasa
APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
20 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok