Skandal rasuah tak calarkan integriti ATM hanya kerana segelintir: PMX

January 21, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menegaskan integriti dan semangat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak sepatutnya tercalar hanya kerana isu pecah amanah yang didakwa melibatkan segelintir individu dalam pasukan itu.

Menurut Perdana Menteri, ATM kekal sebagai benteng utama kedaulatan negara dan keamanan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil pengorbanan berterusan anggota keselamatan.

Justeru, sebarang siasatan terhadap salah laku individu tidak wajar dijadikan alasan untuk memandang serong keseluruhan institusi ketenteraan.

“Saya tidak mahu isu melibatkan segelintir pihak, walaupun masih dalam siasatan dan menunggu keputusan mahkamah, menyebabkan tercorengnya maruah pegawai serta anggota tentera yang berkhidmat dengan baik,” katanya semasa Majlis Pelancaran Dasar Industri Pertahanan Negara hari ini.

Anwar turut menggesa anggota ATM agar terus berpegang pada prinsip dan disiplin tinggi demi kepentingan negara.

Selain itu, beliau juga menyifatkan faktor utama keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia adalah hasil komitmen pasukan keselamatan negara itu dalam memastikan kestabilan dan keselamatan negara terjamin.

“Perdagangan Malaysia mencecah RM3 trilion pada 2025. Pelabur luar yakin datang kerana negara ini stabil. Keamanan ini bukan datang sendiri, ia hasil usaha anggota keselamatan,” katanya.

Anwar turut menyorot peranan pelbagai kor ATM, termasuk Kor Kejuruteraan, yang disifatkan sebagai bukti keupayaan sebenar pasukan keselamatan negara.

“Mereka mampu membina dan membaiki rumah serta sekolah dengan cekap. Ini menunjukkan kita ada kekuatan dalaman yang besar, bukan semuanya berita buruk,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan kekal komited memastikan kebajikan anggota ATM terus terpelihara memandangkan tanggungjawab mereka jauh lebih berat berbanding penjawat awam lain.

“Ada yang berjauhan dengan keluarga berminggu-minggu, malah berbulan-bulan, demi negara,” katanya.

Untuk rekod, Tentera Darat Malaysia kini menjadi tumpuan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan dakwaan rasuah dalam proses perolehan, yang dipercayai melibatkan beberapa bekas dan pegawai kanan ATM.

Kes berkenaan masih di peringkat siasatan dan belum diputuskan oleh mahkamah.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
22 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
19 jam lalu · Isu semasa
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok