SPRM bebas siasat KDN, Saifuddin ulas isu tular pegawai ditahan

May 13, 2025 · Isu semasa

Saifuddin Nasution Ismail akhirnya tampil memberi komen berhubung isu tular melibatkan pegawainya di Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Dalam Negeri itu berkata SPRM diberikan kebebasan untuk menyiasat mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam salah laku di kementerian tersebut tanpa halangan, ia selepas tersebar isu beberapa pegawainya ditahan agensi pencegahan rasuah itu.

Beliau berkata, tiada sebarang komen akan diberikan kecuali memberikan kerjasama penuh dengan membenarkan SPRM menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu yang terlibat.

“Saya di peringkat Menteri Dalam Negeri, sama ada pegawai di pejabat KDN atau agensi, SPRM ada ‘25 jam’ sehari untuk masuk dan siasat.

“Lakukan tugas sesuai dengan tanggungjawab mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penahanan tiga individu, termasuk dua daripadanya dipercayai pegawai KDN.

Penahanan tersebut dilakukan oleh SPRM menerusi Ops Outlander pada Khamis lalu yang berkaitan dengan siasatan kes rasuah membabitkan proses mempercepatkan permohonan taraf warganegara.

Pada Mac lalu, media melaporkan bahawa operasi berkenaan turut menyiasat sindiket penjualan sijil kelahiran yang didakwa dijual sehingga mencecah RM50,000 kepada ibu bapa yang mempunyai anak angkat atau kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.

Sebanyak 11 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM100,000 dilaporkan telah dibekukan, selain 30 dokumen berkaitan turut disita.

Antara individu yang ditahan ketika itu termasuk seorang penjawat awam, seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri, seorang pengamal undang-undang serta beberapa ejen dan pemohon.

Berita berkaitan
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
6 jam lalu· Politik
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
October 10, 2026· Isu semasa
Kes rompak RM952,690: Mahkamah Tinggi ketepikan pembebasan tiga pegawai SPRM
October 9, 2026· Isu semasa
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
1 jam lalu · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
1 jam lalu · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok