SPRM guna AI dan teknologi digital perangi rasuah: Laporan

September 17, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkukuh langkah memerangi rasuah dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital bagi mempercepatkan siasatan, menutup ruang ketirisan serta meningkatkan tadbir urus.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya berkata, jenayah rasuah masa kini tidak lagi hanya berlaku secara tradisional, sebaliknya bergerak pantas melalui transaksi digital termasuk mata wang kripto dan sistem kewangan maya.

“Di sinilah AI tampil sebagai senjata strategik baharu dalam medan pertempuran menentang rasuah, bukan untuk menggantikan manusia tetapi memperkasakan agensi seperti SPRM agar lebih tangkas, proaktif dan efisien,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa AI membolehkan penyiasat menapis ribuan fail kewangan dalam masa beberapa minit, mengesan transaksi luar biasa, dan menganalisis potensi konflik kepentingan.

“Dengan penggunaan platform seperti ‘Sentinel: Criminal Intelligence Analytics’, tempoh siasatan kini boleh dipendekkan daripada bertahun-tahun kepada hanya beberapa bulan,” ujarnya.

Tambah Ahmad Khusairi, AI juga berfungsi sebagai sistem amaran awal untuk mengesan gaya hidup mewah yang mencurigakan serta menganalisis projek awam berisiko tinggi.

“AI bukan menggantikan manusia, tetapi memperkuat mereka yang berjuang menentang rasuah sekali gus mengekalkan keyakinan rakyat dan dunia terhadap komitmen negara membina pentadbiran yang telus,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengakui wujudnya risiko keselamatan dan kerahsiaan data yang perlu ditangani secara berhati-hati.

“Bagi mengatasi cabaran ini, SPRM memperkukuh kawalan dengan melaksanakan dasar governans data yang ketat, semakan manusia secara berkala, serta teknologi perlindungan siber berlapis,” jelasnya.

Selain itu, SPRM turut memperkenalkan avatar maya pegawai dikenali sebagai SARA (Saya Antirasuah) di platform TikTok bagi mendekati masyarakat dan menyampaikan mesej antirasuah dengan lebih berkesan.

Berita berkaitan
CAP: Skandal Tabung Haji perlu disiasat hingga ke akar
August 17, 2026· Isu semasa
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
August 16, 2026· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
August 16, 2026· Isu semasa
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
August 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok