SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara

July 28, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti Dubai, Singapura dan Indonesia sebagai lokasi penting untuk mendapatkan dokumen berkaitan siasatan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menerusi proses bantuan perundangan bersama (MLA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata pihaknya sedang berhubung dengan Jabatan Peguam Negara bagi melaksanakan proses itu selepas percaya sebahagian dokumen berkaitan pelaburan berkenaan berada di luar negara.

“SPRM turut mengutus surat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapatkan kerjasama dalam dua aspek iaitu mendapatkan perincian melalui Egmont Group of Financial Intelligence Units bagi mengesan kedudukan kewangan dua syarikat di Indonesia dan sebuah di Singapura.

“Keduanya, kita memohon kerjasama BNM bagi menjalankan semakan laporan transaksi tunai (CTR) dan laporan transaksi mencurigakan (STR) untuk mengetahui kedudukan kewangan pihak berkaitan dalam siasatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Sekretariat Ke-22 ASEAN Parties Against Corruption (Asean-PAC).

Beliau berkata, setakat ini SPRM meneliti dokumen yang diperoleh daripada KWAP dan Kementerian Kewangan, manakala siasatan yang bermula secara rasmi pada 17 Julai lalu berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak terlibat.

Menurutnya, seramai 20 saksi sudah dirakam keterangan, termasuk pegawai KWAP, pegawai Kementerian Kewangan, anggota Jawatankuasa Pelaburan KWAP serta ahli panel pelaburan.

Abd Halim berkata, proses MLA dijangka mengambil masa lebih panjang kerana melibatkan bidang kuasa negara lain dan memerlukan kerjasama pihak berkuasa asing.

“Ini termasuklah merakam kenyataan saksi dari luar negara tersebut dan kita akan mendapatkan kerjasama bagi membolehkan proses MLA itu dapat dijalankan,” katanya.

Siasatan itu susulan pelaburan KWAP sebanyak USD47.7 juta dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery, pada Julai 2023.

Ketika pelaburan dibuat, syarikat berkenaan dipromosikan sebagai firma teknologi yang memodenkan industri penternakan ikan dan udang.

Pada 16 Julai lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyifatkan pelaburan KWAP dalam eFishery sebagai satu penipuan terancang selepas pengurusan syarikat itu didakwa memanipulasi laporan kewangan.

Dua hari kemudian, KWAP memaklumkan sedang mengambil langkah mendapatkan semula RM163.4 juta yang dilaburkan dalam syarikat berkenaan.

 

Berita berkaitan
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
1 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok