SPRM rampas lebih RM8 bilion hasil rasuah sepanjang 2025, kes Ismail Sabri tertinggi

December 23, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan kejayaan besar apabila merampas dan memulihkan hasil rasuah berjumlah lebih RM8.4 bilion melalui pelbagai tindakan penguatkuasaan dari awal tahun hingga 30 November lalu.

Menurut kenyataan SPRM, nilai sitaan aset merupakan komponen tertinggi iaitu RM6.82 bilion, dengan RM6.26 bilion daripadanya disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Selain itu, sebanyak RM566.77 juta disita mengikut Akta SPRM 2009.

“Aset bernilai RM36.14 juta turut dibekukan di bawah AMLATFPUAA 2001, manakala pelucuthakan aset melibatkan RM7.49 juta dilaksanakan melalui beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta SPRM 2009 dan Kanun Tatacara Jenayah,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut memaklumkan kutipan kompaun mencecah RM49.58 juta, manakala kaedah pemulihan aset lain menyumbang RM1.49 bilion, menjadikan keseluruhan nilai pemulihan aset tahun ini sebagai antara yang tertinggi pernah direkodkan.

Dari segi operasi, SPRM menerima sebanyak 6,114 maklumat berkaitan rasuah sepanjang tempoh berkenaan.

Hasilnya, 966 kertas siasatan dibuka dan 1,128 tangkapan dilakukan, yang membawa kepada 445 pertuduhan serta 189 sabitan di mahkamah.

Analisis tangkapan menunjukkan sektor swasta mencatat jumlah tertinggi dengan 504 individu, diikuti penjawat awam seramai 423 orang, orang awam (163), kakitangan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC (34) dan empat ahli politik.

Dari sudut jantina, lelaki mendominasi statistik tangkapan dengan 904 orang berbanding 224 wanita.

SPRM menjelaskan bahawa nilai rampasan dan sitaan tersebut merangkumi siasatan berprofil tinggi, termasuk kes melibatkan bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, serta beberapa operasi khas seperti Op Rentas, Op Tiger, Op Metal dan Op Sky.

“Pencapaian ini membuktikan komitmen SPRM untuk bertindak tegas bukan sahaja dari aspek tangkapan dan pendakwaan, malah memberi fokus serius kepada pemulihan aset sebagai senjata utama melawan rasuah dan jenayah kewangan,” kata SPRM.

Berita berkaitan
Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei
7 jam lalu· Isu semasa
SPRM bongkar syarikat proksi dalam skandal rasuah, aset RM186.6 juta dibeku: Laporan
June 8, 2026· Isu semasa
SPRM kesan tuntutan palsu RM9 juta dalam program Daya Kerjaya: Bernama
June 7, 2026· Isu semasa
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
June 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Seorang guru didakwa amang seksual dua murid, miliki bahan lucah
4 jam lalu · Isu semasa
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
June 8, 2026 · Isu semasa
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
June 8, 2026 · Isu semasa
Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800
June 8, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok