SPRM sahkan Ahli Parlimen Padang Serai akan didakwa pada Isnin

December 6, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin, akan dibawa ke muka pengadilan di Mahkamah Shah Alam pada Isnin, untuk didakwa atas pertuduhan bersubahat menerima rasuah.

Beliau yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kelmarin, akan didakwa di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Seorang ahli perniagaan turut akan didakwa di mahkamah yang sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah di bawah Seksyen 16(a)(A) akta yang sama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Seorang Ahli Parlimen dan seorang ahli perniagaan yang disyaki berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah akan didakwa Isnin ini,” katanya.

Kes yang disiasat sejak Februari lalu ini melibatkan dakwaan penerimaan wang kira-kira RM400,000 sebagai balasan untuk membantu dalam mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot.

“SPRM mendapat izin mendakwa kedua-dua suspek berkenaan dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Shah Alam,” tambahnya lagi.

Menurut kenyataan itu, siasatan dimulakan berikutan aduan yang diterima pada 10 Februari lalu, dengan SPRM merakam percakapan 15 orang saksi.

Azman ditahan semalam selepas SPRM memperoleh kebenaran untuk mendakwa dalam kes yang membabitkan projek ternakan lembu milik kerajaan negeri itu.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu· Isu semasa
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
22 jam lalu· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok