SPRM tidak siasat isu pemain warisan buat masa ini: Azam Baki

October 18, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada kertas siasatan dibuka buat masa ini berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya melihat kes tersebut sebagai isu teknikal antara FAM dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), justeru menyerahkan sepenuhnya kepada badan induk itu untuk menyelesaikannya.

“Oleh kerana ia melibatkan isu teknikal antara FAM dan FIFA, kita serahkan sepenuhnya kepada FIFA untuk menyelesaikannya. Jadi terpulang kepada FIFA sama ada akan pertimbangkan atau tidak (berhubung rayuan),” jelas Azam Baki selepas Majlis Penganugerahan Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor SUAR) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

“Tetapi buat masa ini, SPRM tidak akan menyiasat kes ini kerana ia lebih kepada tindakan FIFA,’ tambahnya.

Azam turut mendedahkan pihaknya mengambil kira pengesahan yang telah dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung status ketujuh-tujuh pemain terbabit.

Kes ini mendapat perhatian apabila media melaporkan FAM dan tujuh pemain warisan kebangsaan telah dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Berita berkaitan
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Kerajaan sedia dedah laporan RCI Tabung Haji dalam masa terdekat: PMX
July 23, 2026· Politik
Polis buka dua siasatan kes rosak bahan kempen PRN Negeri Sembilan
July 20, 2026· Politik
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
July 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026 · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
9 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok