SST dikekalkan, kerajaan fokus kutipan lebih pantas: MOF

December 9, 2025 · Isu semasa

Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada dengan beberapa penambahbaikan, bagi memastikan sistem percukaian negara menjadi lebih cekap serta mampu memberi pulangan fiskal yang lebih pantas.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pendekatan itu diambil kerana SST bersifat lebih bersasar dan tidak membebankan barangan serta perkhidmatan asas yang sering digunakan oleh rakyat.

“SST adalah sistem percukaian yang lebih bersasar dan telah digunakan di Malaysia sejak lebih 40 tahun lalu serta difahami oleh industri, peniaga dan masyarakat,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau turut menjelaskan pelaksanaan SST mampu memberikan kesan fiskal lebih cepat kepada kerajaan berbanding sistem lain.

Menurutnya, kerajaan ketika ini belum berhasrat untuk melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana dikhuatiri memberi kesan lebih meluas kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

“Pendapatan rakyat secara amnya masih belum sesuai untuk menerima impak cukai yang bersifat menyeluruh seperti GST,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung hala tuju sistem percukaian negara, sama ada perlu kembali kepada GST atau menambah baik SST agar lebih mampan dalam jangka panjang.

Hui Ying menjelaskan, walaupun kerajaan mengiktiraf kelebihan GST, pelaksanaannya memerlukan tempoh persediaan yang panjang.

“Jika diperkenalkan semula, ia memerlukan masa persediaan yang panjang, mungkin sehingga dua tahun, bagi membolehkan syarikat mengemas kini sistem masing-masing,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan kini sedang meneliti pelbagai faktor sebelum membuat keputusan akhir berkaitan dasar percukaian, termasuk struktur keseluruhan sistem sedia ada, keadaan ekonomi semasa, keperluan hasil negara serta kemampuan rakyat.

“Kami melihat secara menyeluruh agar sistem percukaian yang dilaksana nanti benar-benar kukuh dan adil kepada semua,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
23 jam lalu· Politik
Semak dulu fakta isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul
September 3, 2026· Politik
Belanja lebih peruntukan boleh jahanam negara: Kamil Munim
September 2, 2026· Politik
KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar, MoF tampil jelaskan
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok