Sumbangan Rafizi masih diperlukan, PKR akan bermesyuarat: Amirudin

May 27, 2025 · Politik

PKR masih memerlukan khidmat Rafizi Ramli dan sumbangannya kepada parti masih penting, kata Amirudin Shari.

Naib Presiden PKR itu berkata Presiden parti, Anwar Ibrahim sudah memanggil barisan kepimpinan baru parti itu untuk bermesyuarat dan menjalankan post-mortem terhadap pemilihan minggu lalu serta membuat keputusan mengenai lantikan jawatan parti.

“Semoga dia masih boleh menyumbang kerana dia berjanji tidak akan keluar parti.

“Dia masih mahu menyumbang sebagai ahli,” katanya dipetik FMT semalam.

Menurutnya lagi, antara agenda mesyuarat adalah perbincangan mengenai jawatan lantikan untuk Rafizi, yang tewas dalam perebutan kerusi timbalan presiden parti pada Jumaat lalu.

Amirudin berkata mesyuarat itu akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi.

Antara jawatan lantikan dalam PKR termasuk setiausaha agung serta naib beberapa jawatan naib presiden.

Selain merancang untuk letak jawatan sebagai menteri ekonomi, Rafizi telah juga sebelum ini berkata dia tidak berminat untuk memegang sebarang jawatan parti sekiranya tewas dalam pemilihan.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan bahawa semasa pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar pada 20 Mei, Nurul Izzah telah memintanya untuk membantunya selepas pemilihan parti berakhir dan membayangkan dia akan diberi jawatan.

Namun, Rafizi berkata dia menolak tawaran itu dan akan menghormati keputusan pemilihan.

Mengulas perkara itu, Amirudin berkata dia tidak tahu jawatan apa yang ditawarkan oleh Nurul Izzah kepada Rafizi.

Dalam pemilihan tersebut, Nurul Izzah menang jawatan timbalan presiden PKR dengan majoriti besar, dengan Rafizi hanya meraih 28 peratus undi.

Susulan kekalahan itu, Rafizi berkata dia tetap bersemangat dan bertekad untuk terus berjuang demi Malaysia yang lebih baik.

“Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Berita berkaitan
Tun Faisal sindir Hamzah: Masuk rumah orang jangan lupa diri nak halau tuan asal
April 12, 2026· Politik
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
Hamzah tak jadi tubuh parti baharu pula, sertai parti sedia ada
April 11, 2026· Politik
NGO buat laporan SPRM berhubung transaksi RM500 ribu bekas menteri
April 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
3 jam lalu · Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
6 jam lalu · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
6 jam lalu · Politik
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
6 jam lalu · Politik
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok