Suspek kes bunuh tikam pelajar perempuan didakwa esok

October 21, 2025 · Isu semasa

Seorang remaja lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok atas tuduhan membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Damansara, minggu lalu.

Keputusan untuk membawa pertuduhan itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara menyelesaikan penelitian terhadap kertas siasatan kes berkenaan.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu mengesahkan pendakwaan esok.

“Penelitian terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk mendakwa pelajar terbabit,” kata kenyataan itu.

“Jabatan ini memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” tambahnya lagi.

Seksyen 302 tersebut membawa hukuman mati mandatori upon conviction.

Tragedi hitam itu berlaku pada 14 Oktober lalu, mangsa, Yap Shing Xuen, ditemui maut di dalam tandas sekolahnya.

Difahamkan, mangsa disyaki ditikam berulang kali dalam kejadian ngeri itu.

Dalam siasatan awal, polis merampas dua senjata tajam iaitu sebilah pisau dan sebilah kerambit yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut.

Menurut laporan polis, kedua-dua senjata itu didapati dibeli secara dalam talian oleh suspek sebelum kejadian.

Berita berkaitan
AGC bantah usaha Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib
November 12, 2026· Isu semasa
AGC mahu semak semula perintah pelepasan Najib
November 10, 2026· Politik
Peguam Negara tegur kecuaian dalam dokumen tahanan rumah Najib: Laporan
November 9, 2026· Politik
Isu tahanan rumah Najib, Peguam Negara mohon menghadap Agong
November 7, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat
5 jam lalu · Isu semasa
OPR kekal 2.75 peratus, beri ruang perniagaan berkembang
5 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin: Semua banduan ada hak mohon pengampunan
21 jam lalu · Isu semasa
Anwar tunaikan hasrat murid SK Polis Depot
November 14, 2026 · Isu semasa
Fahmi: Penantian 10 tahun penduduk Sri Pahang hampir berakhir, bakal miliki rumah baharu
November 14, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi
November 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok