Suspek tikam pelajar ditahan reman 7 hari: Laporan

October 15, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini memerintahkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, semalam.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis.

Suspek, yang juga pelajar peralihan tingkatan satu, direman hingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding itu, pelajar berkenaan diwakili peguam Anuar Ezzad.

Terdahulu, suspek yang berpakaian baju berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada 8.40 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Insiden pada kira-kira 9.30 pagi itu menyaksikan seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam oleh suspek, dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu di dalam kawasan sekolah mereka. – Bernama

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Tiga lagi direman bantu siasatan SPRM
August 5, 2026· Isu semasa
Polis rekod 11 nahas maut ketika program RXZ Members 8.0
August 4, 2026· Isu semasa
Polis siasat ‘orang dalam’ kes juruterbang seludup dadah
August 4, 2026· Isu semasa
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok