Syarikat salah guna diesel bersubsidi bakal dikenakan tindakan

April 10, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi amaran tegas kepada syarikat korporat dan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan membeli diesel bersubsidi di stesen minyak bagi mengurangkan kos operasi mereka.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkat terhadap kegiatan dikenali sebagai “channel switching”, iaitu apabila syarikat yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran terus daripada pembekal minyak bertindak membeli pada harga pam yang lebih rendah.

“Industri sepatutnya mendapatkan bekalan diesel secara terus daripada syarikat minyak.

“Jika mereka membeli pada harga pam, itu jelas satu penyelewengan,” katanya ketika taklimat harian berkaitan krisis tenaga global di Putrajaya.

Menurut beliau, harga diesel bagi sektor industri berada sekitar RM7 hingga RM8 seliter, berbanding harga di stesen minyak iaitu RM6.72 seliter yang masih menerima subsidi kerajaan.

Perbezaan ini membuka ruang kepada penyalahgunaan yang boleh menjejaskan bekalan dan kewangan negara.

Tambahnya, kerajaan kini memperhebat operasi pemantauan bagi memastikan ketirisan subsidi dapat dibendung, termasuk membanteras aktiviti penyeludupan bahan api ke luar negara.

“Kerajaan memberi amaran kepada syarikat-syarikat ini supaya menghentikan amalan ‘channel switching’ atau berdepan tindakan penguatkuasaan,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau turut menghargai peranan rakyat yang membantu melaporkan aktiviti mencurigakan, termasuk kes kenderaan asing mengisi minyak RON95 yang turut disubsidi.

“Kerajaan berterima kasih kepada rakyat yang melaporkan salah laku seperti pengisian RON95 oleh warga asing serta aktiviti mencurigakan di stesen minyak dan sempadan negara,” katanya.

Isu penyelewengan bahan api bukan perkara baharu, terutama ketika negara berdepan tekanan ekonomi global dan ketidaktentuan harga tenaga.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah bagi memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, selain mengelakkan kebocoran yang merugikan negara.

Amir Hamzah menegaskan, kekuatan Malaysia dalam menghadapi cabaran ini bergantung kepada kerjasama semua pihak.

“Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, kebersamaan dan kesepakatan rakyat menjadi kunci untuk kita terus bertahan,” katanya.

Berita berkaitan
Isu KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: AMK Selangor persoal penjelasan SUA Zahid
November 1, 2026· Politik
Fahmi mahu penerima dana media kekalkan pekerja, jangan berhentikan
October 31, 2026· Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
October 28, 2026· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
4 jam lalu · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
5 jam lalu · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok