Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon maaf berhubung dakwaan yang mendakwa beliau mempertahankan pemberian subsidi RON95 kepada warga asing.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memberi amaran akan membawa isu ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya Anwar enggan memohon maaf.
“Saya faham sebagai manusia biasa, kita boleh tersilap. Cuma jawatan Perdana Menteri lebih tinggi. Saya pernah berada di situasi itu juga,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menegaskan permintaannya adalah mudah: “Saya hanya minta Yang Amat Berhormat Tambun (Anwar) tarik balik kenyataan dan mohon maaf. Jika tidak, saya akan rujuk perkara ini kepada Speaker.”
Isu ini tercetus selepas Anwar dilaporkan dalam sidang Parlimen semalam mendakwa terdapat ahli pembangkang yang mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi.
Sebagai respons, Pejabat Perdana Menteri semalam mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat penafian Muhyiddin berhubung dakwaan tersebut.
Muhyiddin melalui media sosial telah menafikan sama sekali pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, sambil menegaskan PN sentiasa konsisten mendukung hak keutamaan rakyat Malaysia dalam pelaksanaan subsidi.
Beliau turut mengingatkan bahawa dasar PN sejak dahulu adalah jelas dalam memastikan manfaat subsidi hanya untuk rakyat tempatan.
Perkembangan ini dijangka akan terus menjadi perhatian dalam sidang Parlimen akan datang, terutamanya berkaitan dengan prosedur tatatertib terhadap kenyataan di Dewan Rakyat.
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen