Tawaran biasiswa salah satu pelaburan untuk masa depan Palestin: Fahmi

October 9, 2025 · Isu semasa

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk membangunkan semula Gaza dan membina masa depan Palestin yang lebih baik, Malaysia melancarkan program biasiswa khas buat belia Palestin dalam bidang kejuruteraan komunikasi.

Inisiatif yang dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini akan dibuka kepada pemuda Palestin di seluruh wilayah, termasuk Gaza, Ramallah, Tebing Barat, dan Nablus.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, fokus biasiswa ini adalah untuk melahirkan pakar dalam bidang kejuruteraan rangkaian dan kejuruteraan radio.

“Kerana mereka kita percaya adalah satu bentuk pelaburan untuk masa depan Palestin yang lebih terangkum dari segi komunikasi dalam negara,” jelas Fahmi semasa sidang media selepas peluncuran Redly Pos Malaysia International Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2025 hari ini.

Beliau menegaskan inisiatif ini merupakan salah satu usaha ke arah pembangunan semula Gaza dan usaha untuk membangunkan Palestin yang lebih baik.

Pelaksanaan program ini akan bermula mengikut kesesuaian semester akademik. Satu perbincangan awal telah diadakan dengan Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur untuk meneliti syarat-syarat kelayakan.

“Dan pihak kedutaan juga telah memaklumkan, memberikan satu cadangan untuk kita pihak kejuruteraan komunikasi dan MCMC membantu membangunkan kelas-kelas pendidikan dalam talian,” tambah Fahmi.

Berdasarkan cadangan tersebut, kerjasama dengan beberapa pihak akan diperhebat untuk menyediakan kelas pendidikan dalam talian.

Langkah ini bertujuan memastikan pelajar Palestin dapat meneruskan pembelajaran mereka walaupun menghadapi kemusnahan prasarana pendidikan di sana.

“Untuk anak-anak di Gaza, di Palestin supaya walaupun mereka tidak ada sekolah telah dibom, tapi sekiranya ada peranti maka sekurang-kurangnya dengan ada internet mereka boleh teruskan proses pembelajaran itu,” ujar Fahmi.

Program bantuan pendidikan ini dilaksanakan berikutan permintaan rasmi daripada Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan hubungan erat serta sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
22 jam lalu· Isu semasa
Fahmi ziarah peserta rebah semasa persembahan Hari Kebangsaan di Hospital Putrajaya
September 2, 2026· Isu semasa
iQIYI turunkan 6 episod Madu atau Racun, baki enam lagi ditangguhkan
September 2, 2026· Isu semasa
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok