Tegur boleh, tapi jangan hukum tanpa siasatan: PMX

February 19, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan penjawat awam daripada kecaman melulu, sambil menegaskan setiap aduan terhadap mana-mana pegawai atau agensi kerajaan mesti berasaskan undang-undang dan melalui proses siasatan yang teliti.

Anwar berkata kelemahan boleh ditegur dan diperbaiki, namun tidak wajar memberi gambaran seolah-olah keseluruhan perkhidmatan awam itu bermasalah.

“Saya tidak fikir saudara-saudara yang bekerja ini, berhempas pulas bertahun-tahun dalam semua agensi, kalau ada kelemahan melampau, munasabah kita tegur.

“Salahnya kita perbaiki tapi jangan kita beri gambaran seolah-olah semuanya buruk,” katanya semasa berucap pada perhimpunan bersama warga Kementerian Dalam Negeri sempena program Ihya’ Ramadan di Putrajaya.

Menurut beliau, sebarang kes yang mempunyai asas kukuh perlu dibawa ke mahkamah dan diproses mengikut lunas undang-undang, termasuk melalui siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pendekatan menghukum sebelum siasatan lengkap bukan jalan yang dipilih kerajaan.

“Belum siasat mesti hukum dulu, saya tidak pilih jalur itu. Jangan kita gopoh kerana kebetulan orang itu kita tidak senangi atau bukan daripada kelompok kita,” tegasnya.

Isu ini timbul susulan laporan Bloomberg yang mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Azam dalam sidang medianya sebelum ini menegaskan pegangan saham bernilai kira-kira RM800,000 itu dibuat secara telus dan mematuhi prosedur.

Justeru, Anwar menegaskan keperluan untuk bertindak secara adil dan tidak dipengaruhi sentimen politik.

Jumaat lalu, beliau menyatakan tiada keperluan segera untuk merehatkan Azam, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa khas yang dipengerusikan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

“Kalau kesalahannya besar, ikut proses undang-undang dan kalau ada aduan yang berat, bawa kepada prosesnya,” katanya sambil mengingatkan bahawa bulan Ramadan menuntut semua pihak bersikap adil dan berhemah dalam membuat penilaian.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
23 jam lalu· Politik
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
24 jam lalu· Isu semasa
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
June 26, 2026· Politik
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
June 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
1 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
24 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
24 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok