Tempat Rafizi diganti Menteri Kewangan II, jalankan tugas Menteri Ekonomi

June 27, 2025 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan kekosongan di Kementerian Ekonomi yang ditinggalkan Rafizi Ramli akan digantikan dengan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkuatkuasa serta-merta.

Amir Hamzah akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi, menurut Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pelantikan itu dipersetujui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Jun lalu.

“Tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula inti pati naskhah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025,” katanya dalam kenyataan.

Ia termasuk mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh kementerian-kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri.

Tanggungjawab baharu Amir Hamzah itu susulan peletakan jawatan Rafizi dalam sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun lalu, selepas gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Rafizi dalam kenyataan pada 28 Mei lalu dilaporkan berkata, kekalahannya dalam pemilihan itu bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat daripada parti untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan PKR menjadi program kerajaan.

Perdana Menteri pada hari sama mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan pengunduran Rafizi sebagai anggota Kabinet.

Sementara itu, Amir Hamzah dalam kenyataan merakamkan penghargaan terhadap kepercayaan Perdana Menteri yang memberi mandat kepada beliau untuk membantu tugasan di Kementerian Ekonomi.

Beliau berkata antara tumpuan utama ketika ini adalah untuk memuktamadkan naskhah RMK-13.

“Banyak maklum balas diterima daripada menteri-menteri yang memerlukan rombakan semula inti pati RMK13 supaya memaparkan dengan terbaik dasar keutamaan kerajaan serta meneruskan momentum pembaharuan agenda Ekonomi Madani,” katanya.

Berita berkaitan
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
23 jam lalu· Politik
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
23 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
23 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
2 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
2 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
2 jam lalu · Isu semasa
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
18 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok