Teruskan debat Rafizi dan Nurul Izzah kerana ia tradisi PKR: Akmal Nasrullah

May 16, 2025 · Politik

Cadangan supaya Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar tampil berdebat perlu diteruskan kerana ia sudah menjadi tradisi PKR, kata Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pengarah Strategi PKR itu berkata menerusi debat antara kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR itu akar umbi akan dapat menilai kebolehan dan kemampuan seseorang calon yang bertanding untuk memimpin parti.

“Debat sudah menjadi kelaziman dalam PKR, malah sejarah debat antara calon-calon dalam pemilihan parti ini telah berlangsung sejak 15 tahun lalu,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan debat yang baik akan memberi nilai tambah kepada parti, selain membabitkan isu-isu yang dinantikan oleh rakyat untuk mengetahui hala tuju PKR.

Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut menganggap debat sebagai satu keunikan dalam PKR kerana ia mencerminkan pendekatan progresif, terbuka dan berterus terang.

“Apabila bersemuka, ia tidak akan menimbulkan suasana panas tetapi sebaliknya membolehkan pertukaran pandangan yang akhirnya dapat menyatukan parti.

“Jangan kita cuba mandulkan, kendurkan atau lumpuhkan proses yang telah kita amalkan selama ini demi penyatuan, perpaduan dan ketelusan dalam parti,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Rafizi bersedia untuk berdebat dengan pencabarnya dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah, sempena pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada 23 Mei ini.

Rafizi berkata keputusan itu diambil bagi meredakan ‘suhu’ panas dalam kalangan penyokong kedua-dua tokoh muda PKR berkenaan.

Berita berkaitan
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
4 jam lalu· Politik
Didakwa sering hilang di kawasan, calon BN Jeram Padang enggan berdebat dengan Manivannan
July 28, 2026· Politik
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
July 27, 2026· Politik
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
July 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
July 29, 2026 · Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
2 jam lalu · Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
4 jam lalu · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
4 jam lalu · Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
11 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok