Tiada individu cedera, rosak harta dalam kekecohan PAT Bersatu: Polis

September 7, 2025 · Politik

Tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan berikutan insiden kekecohan yang berlaku semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang turut mengesahkan pihaknya menerima satu laporan daripada seorang ketua keselamatan parti kira-kira jam 12.18 tengah malam.

“Pengadu atau mana-mana pihak tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tiada kerosakan harta benda dilaporkan,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Insiden pergelutan dan tolak-menolak itu tercetus ketika Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedang menyampaikan ucapan dasarnya di PAT ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Mengikut kenyataan polis, pengadu melaporkan bahawa dia melihat dua lelaki Melayu yang juga ahli parti bangun dan menjerit, seterusnya mengganggu ucapan Muhyiddin.

“Pengadu kemudian pergi ke arah salah seorang lelaki itu bagi menenangkannya namun pengadu telah ditarik dari belakang sehingga jatuh dan mencetuskan kekecohan di dalam dewan,” menurut Iqbal.

Beliau menambah, “Kejadian itu berjaya dikawal dengan baik oleh beberapa ahli Bersatu lain dengan membawa keluar kedua-dua lelaki itu dari dewan dan perhimpunan berjalan seperti biasa.”

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu gaduh gempar.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara enam bulan atau denda hingga RM1,000,” jelas Iqbal.

Katanya lagi, kes turut disiasat under Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil iaitu kelakuan aib yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100.

Berita berkaitan
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
5 jam lalu· Isu semasa
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
7 jam lalu· Politik
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
January 23, 2026· Politik
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
January 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
5 jam lalu · Politik
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
7 jam lalu · Politik
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
7 jam lalu · Politik
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
7 jam lalu · Politik
BN menang di Kinabatangan dan Lamag, isyarat sokongan rakyat: Zahid
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok