Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin

November 6, 2026 · Politik

Bersatu tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada ahli dan penyokongnya untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung 14 November ini.

Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata, parti itu bagaimanapun mengalu-alukan sokongan daripada mana-mana pihak, termasuk penyokong PH, sekiranya ia dapat membantu kemenangan calon Bersatu yang bertanding.

Beliau berkata, keputusan untuk memberikan sokongan itu terpulang kepada pertimbangan masing-masing tanpa sebarang arahan khusus daripada kepimpinan parti.

“Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang memikirkan baik untuk menyokong Bersatu. Tentu kita sanjung kerana kita mahu supaya calon-calon kita yang bertanding ini boleh mencapai kemenangan.

“Bagaimanapun, kita tak ada keluar arahan mana-mana. Namun dalam kalangan ahli Bersatu, mereka faham apa yang patut dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis menyantuni rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, dalam Parlimen Tangga Batu, hari ini.

Muhyiddin mengulas laporan mengenai kesediaan PH membantu jentera Bersatu dalam PRN Melaka, selain kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu sebelum ini yang mengesahkan tiada arahan rasmi dikeluarkan berhubung perkara itu.

Muhyiddin turut menghargai sekiranya terdapat penyokong parti lain yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Bersatu.

“Kalau ada rakan-rakan yang lain walaupun bukan daripada parti kita sendiri kata mereka akan menyokong, saya ucap terima kasih,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan tiada sebarang kerjasama rasmi antara Bersatu dan PH bagi menghadapi PRN Melaka kali ini.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan awal antara pemimpin parti pernah diadakan bagi mengelakkan pertindihan kerusi dan mencari persefahaman politik.

“Rasminya (kerjasama) tidak ada. Kalau ada pun perbincangan peringkat awal itu biasa untuk elakkan pertembungan atau cari persefahaman. Tapi saya tidak pernah terlibat dalam perundingan-perundingan ini,” katanya.

Mengulas kemungkinan kerjasama politik pada masa depan, Muhyiddin berkata Bersatu tidak menolak sekiranya PH mengemukakan tawaran untuk bekerjasama.

“Ya, kita alu-alukan. Kita takkan kata kita nak tolak, jangan,” katanya.

Perkembangan itu memperlihatkan ruang untuk persefahaman politik masih terbuka meskipun tiada sebarang pakatan rasmi antara kedua-dua parti bagi menghadapi PRN Melaka kali ini.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
November 6, 2026· Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
November 6, 2026· Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
November 6, 2026· Politik
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
November 6, 2026 · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
November 6, 2026 · Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
November 6, 2026 · Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
5 jam lalu · Politik
UMNO tutup kutipan derma Najib, selesai pembayaran di mahkamah pagi ini
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok