Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka

November 6, 2026 · Politik

Tiada kenaikan kadar cukai tanah selama lima tahun dan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bagi kegunaan domestik menjadi antara tawaran utama manifesto gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata manifesto yang berteraskan enam teras utama itu mengandungi 113 inisiatif dengan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, perumahan, pendidikan, pembangunan ekonomi serta masa depan golongan muda.

Menurutnya, setiap tawaran disusun mengikut tiga fasa pelaksanaan iaitu dalam tempoh 100 hari, satu tahun dan lima tahun, bergantung kepada skop serta keperluan inisiatif berkenaan.

Antara tawaran lain ialah potongan harga 30 peratus bagi pembelian ayam dan daging menerusi program Jualan Mesra yang akan dilaksanakan secara berkala.

“Selain itu, kita turut menyasarkan penyediaan 25,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun, selain menawarkan kemudahan pinjaman sehingga RM80,000 bagi pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

“Program Melaka Rumahku juga akan diteruskan menerusi pembinaan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih bagi membantu keluarga yang memerlukan,” katanya ketika membentangkan manifesto BN-PN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Dalam aspek ekonomi, gabungan itu menyasarkan kemasukan pelaburan berjumlah RM30 bilion serta mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan menerusi pembangunan kawasan industri baharu dan sektor berteknologi tinggi.

Selain itu, lebih 15,000 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disasarkan menerima latihan, dengan hasrat menjadikan Melaka sebagai hab TVET bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri.

Bagi sektor pendidikan, bantuan RM1,000 untuk kemasukan anak Melaka ke Universiti Melaka (UNIMEL) dan Kolej Universiti Islam Melaka (MiCOST) akan diteruskan.

“Kita juga menawarkan kelas tuisyen percuma bagi pelajar SPM dan STPM, selain bantuan tambang pengangkutan murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),” katanya.

Gabungan itu turut menawarkan latihan percuma berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT), geran keusahawanan anak muda serta pembangunan Melaka Digital dan AI Hub bagi memperluas penyertaan golongan muda dalam ekonomi digital.

Dari sudut pentadbiran, program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) akan diteruskan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), selain memperkukuh program HEBAT, sistem aduan rakyat dan pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Ab Rauf berkata, manifesto itu dirangka untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, selaras dengan prinsip ‘No One Is Left Behind’.

Beliau turut mendakwa rekod pelaksanaan manifesto terdahulu bagi tempoh 2021 hingga 2026 mencapai 97 peratus.

“Ini menjadi asas penting untuk kita terus menilai pelaksanaan tawaran baharu dengan telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
November 6, 2026· Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
November 6, 2026· Politik
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
5 jam lalu· Politik
Kesesakan Paya Rumput: Azman cadang lampu isyarat pintar
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
November 6, 2026 · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
November 6, 2026 · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
November 6, 2026 · Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
November 6, 2026 · Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok