Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua parti dalam Kerajaan MADANI.
Zahid, yang juga Pengerusi BN, berkata telah berbincang perkara itu dengan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sebelum dan selepas mesyuarat Kabinet, dan kedua-duanya bersetuju bahawa ia tidak menimbulkan sebarang masalah.
“Tidak ada (menjejaskan hubungan). Dalam mesyuarat Kabinet, sebelum dan selepas pagi tadi, kami berbincang mengenai perkara itu.
“Semalam juga kami berbincang. Tiada timbul sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Desa @ Tuaran di Pusat Latihan RELA Sabah, malam tadi.
Beliau mengulas laporan media keputusan PKR mempertahankan kerusi DUN Karamunting melalui penyandangnya, George Hiew, manakala BN pula akan mencalonkan Penyelaras MCA bagi kawasan itu, Chin Kim Hiung.
Zahid berkata walaupun situasi itu kelihatan sebagai pertembungan, ia sebenarnya telah dirundingkan dan dipersetujui bersama.
Beliau memberi jaminan wujud persefahaman antara BN dan PKR berhubung kerusi berkenaan.
“Walaupun ia nampak dari segi fizikal, pertembungan itu telah dirundingkan. Maknanya ada persefahaman di kerusi berkenaan,” jelasnya lagi.
Kenyataan beliau diharap dapat menenangkan keadaan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan parti komponen kerajaan, meskipun berhadapan dengan pertandingan satu lawan satu di peringkat akar umbi.
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum