Tiada perbincangan PRN Johor dalam pertemuan dengan Agong, Tunku Ismail: Zahid

May 11, 2026 · Politik

Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Besar Johor pada Isnin tidak menyentuh soal kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Presiden UMNO itu, pertemuan itu lebih tertumpu kepada sambutan ulang tahun parti ke-80 yang berlangsung di Johor Bahru, negeri yang menjadi lokasi penubuhan parti berkenaan pada 1946.

“Pertemuan dengan Agong memang ada, tetapi langsung tidak menyentuh mengenai PRN Johor. Banyak isu nasional yang lebih besar dibincangkan dan ia hanyalah mesyuarat biasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO Johor.

Beliau turut berseloroh apabila ditanya mengenai PRN Johor dengan berkata, “PRN Johor tidak akan diadakan esok.”

Ahmad Zahid berkata, sebarang perkara berkaitan pentadbiran negeri akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Ismail.

Pada masa sama, beliau menyifatkan kehadiran Tunku Ismail pada sambutan ulang tahun UMNO sebagai sesuatu yang cukup bermakna memandangkan Johor mempunyai hubungan sejarah yang rapat dengan parti itu.

“UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor dan sesi fotografi bersama pada hari ini mengimbau kembali sejarah tersebut. Ia bukan sekadar nostalgia, tetapi sangat dihargai oleh kepimpinan parti,” katanya.

Beliau turut menghargai usaha kerajaan negeri Johor dalam menganjurkan majlis doa selamat sempena ulang tahun UMNO serta menyambut baik beberapa pengumuman yang dibuat Onn Hafiz semasa membentangkan Belanjawan Johor 2026.

Katanya, pelbagai inisiatif diumumkan kerajaan negeri memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama, selain menjadi “wow factor” kepada pembangunan Johor.

“Di bawah pentadbiran Menteri Besar, hasil negeri semakin meningkat dan pengagihan dibuat secara adil kepada rakyat. Kita harap kemakmuran ini dapat diteruskan untuk seluruh rakyat Johor,” katanya.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
5 jam lalu· Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok