Tiada perlindungan untuk penjenayah rasuah: Anwar

December 5, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim memberi jaminan tiada sesiapa yang kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya terbabit dengan jenayah rasuah, termasuk mereka dari Pejabat Perdana Menteri sendiri.

Perdana Menteri mengingatkan semua pimpinan dan badan penguatkuasa agar tidak melindungi mana-mana anggota yang melakukan salah laku.

“Kalau kebetulan ada anggota kita tersalah langkah, kalau ringan tindakan disiplin (boleh) diambil, kalau terlanjur besar, mesti ada kesediaan dari badan penguat kuasa untuk bertindak terhadap anggota kita sendiri, baru boleh selamat negara ini,” tegas Anwar dalam ucaptama pada Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2025 hari ini.

Beliau juga memberi kesediaannya untuk memastikan keadilan ditegakkan dan sekiranya terdapat bukti wajar tindakan diambil tanpa mengira latar belakang.

“Jadi bayangkan pejabat saya kalau ada, saya (akan) beritahu kepada Tan Sri Azam Baki, saya tidak melindungi sesiapa, terus ambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar memberi amaran mengenai ancaman manipulasi persepsi awam dan campur tangan pihak berkepentingan yang cuba menggugat sistem pentadbiran negara.

Beliau menjelaskan masih wujud individu atau kumpulan dengan sumber kewangan besar yang boleh digunakan untuk menyusup masuk ke dalam institusi awam, kehakiman, badan penguatkuasaan, dan media sosial.

“Tidak mudah kerana orang yang kita asak dan serang itu, kadang-kadang mempunyai simpanan berbilion ringgit. Dia gunakan untuk terus menyokong sama ada orang politik ataupun menerobos menyeludup ke sistem pejabat awam atau kehakiman,” ujarnya.

Namun, Anwar menekankan semua kelemahan sistem perlu diperbaiki dan ditangani dengan tegas.

“Kita tak nafikan itu semua. Saya ada bincang juga dengan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) kalau ada, kita jawab supaya kita tangani masalah dengan tegas,” jelasnya.

Perdana Menteri turut menekankan setiap tindakan penguatkuasaan mesti dilaksanakan dengan teliti, berlandaskan prinsip negara hukum dan memelihara integriti institusi.

Beliau menegaskan penjelasan cepat dan meyakinkan perlu diberikan sekiranya mana-mana tindakan dipersoalkan, kerana cara sesuatu tindakan dijalankan adalah sama penting dengan pelaksanaan undang-undang itu sendiri.

Berita berkaitan
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
15 jam lalu· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
15 jam lalu· Isu semasa
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
Parlimen: Speaker beri Takiyuddin tempoh hingga esok tarik balik ‘munafik’
October 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
7 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
14 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
14 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
15 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok