Tiada toleransi rasuah dalam perkhidmatan awam: KSN

January 30, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menegaskan pendirian tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang terbabit dalam salah guna kuasa atau rasuah, termasuk mereka di peringkat tertinggi pengurusan.

Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar berkata, prinsip integriti akan terus menjadi asas utama perkhidmatan awam bagi memastikan kepercayaan rakyat tidak terhakis.

Menurut beliau, susulan beberapa tangkapan dan siasatan terkini melibatkan pegawai kerajaan, perkhidmatan awam komited untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat dijalankan secara telus dan menyeluruh.

“Perkhidmatan awam tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Isu salah guna kuasa dan rasuah dalam sektor awam bukan perkara baharu, namun ia semakin mendapat perhatian apabila beberapa kes berprofil tinggi didedahkan sejak kebelakangan ini.

Keadaan itu mencetuskan desakan rakyat agar tindakan lebih tegas diambil demi menjaga kredibiliti institusi kerajaan dan memastikan wang awam dilindungi.

Shamsul Azri menegaskan penolakan terhadap rasuah dan kelemahan tadbir urus amat penting bagi mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam serta merosakkan keyakinan rakyat terhadap institusi teras negara.

Beliau turut menekankan nilai integriti perlu kekal sebagai teras dalam penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan, termasuk usaha mengurangkan ketirisan hasil negara dan mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Dalam tempoh setahun lalu, agensi penguatkuasaan khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan beberapa operasi tegas melibatkan kes salah laku dan rasuah, termasuk yang membabitkan pegawai kanan kementerian dan agensi kerajaan.

Tindakan itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa kerajaan serius memperkukuh integriti dalam pentadbiran awam.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini turut berulang kali menegaskan integriti adalah tunjang utama untuk memulihkan keyakinan rakyat dan pelabur.

Beliau menekankan tindakan tegas tanpa mengira pangkat atau jawatan perlu dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus kerajaan kekal bersih dan berwibawa.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
3 jam lalu· Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
11 jam lalu· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
11 jam lalu· Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
14 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
1 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
3 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
1 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok