Kes Polis.
Polis Daerah Tawau menerima tiga laporan berkaitan Himpunan Solidariti ‘Justice for Zara’ yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau kelmarin, melibatkan seorang individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, mengesahkan kesemua laporan tersebut diterima semalam dan siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (jenayah ugutan).
Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (kenyataan yang boleh mengakibatkan kemudaratan awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penyalahgunaan kemudahan rangkaian).
Jasmin memberitahu bahawa polis sedang mengesan seorang wanita dan beberapa saksi lain bagi membantu siasatan lanjut.
“Siasatan akan dijalankan secara telus dan mengikut prosedur biasa, kita mahu ambil keterangan,” katanya.
Kejadian ini mendapat perhatian umum selepas tular di media sosial sebuah klip video yang memaparkan ucapan dan laungan berunsur hasutan yang dipercayai berlaku semasa perhimpunan tersebut.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum