Tindakan akan diambil terhadap AJK Cabang ugut letak jawatan: Fahmi

May 16, 2025 · Politik

PKR boleh mengambil tindakan terhadap ahli jawatankuasa bahagian yang mengugut meletakkan jawatan selepas kemenangan dalam pemilihan baru-baru ini atau cuba menggugat kelancaran perjalanan kongres nasional.

Ketua Penerangan, Fahmi Fadzil, berkata individu bertindak sedemikian juga berkemungkinan berdepan tindakan disenarai hitam daripada bertanding jika pemilihan bahagian terpaksa diadakan semula akibat peletakan jawatan mereka.

“Setiausaha agung PKR (Fuziah Salleh) ada sebut tadi mengenai beberapa cabang yang telah mengugut meletak jawatan AJK hanya kerana mereka tidak setuju atau tidak suka ketua cabang (yang menang).

“Apa yang setiausaha agung telah sebutkan, sekiranya mereka mengambil tindakan seperti itu (mengugut meletak jawatan) maka keputusan telah dibuat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Fuziah ialah sekiranya perlu diadakan pertandingan semula, semua mereka yang terlibat dalam tindakan itu mungkin disenarai hitam dan diharamkan bertanding semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jelajah kita keadilan di Dewan Tok Mat Yahoo malam tadi yang turut dihadiri Fuziah.

Fahmi mengulas tindakan sekumpulan AJK Bahagian Lenggong dan Masjid Tanah yang mahu meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati keputusan pemilihan parti itu, bulan lalu.

Bagaimanapun, Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata selepas maklumat disampaikan kepada AJK dua bahagian berkenaan, kedua-dua kumpulan terbabit mempertimbangkan semula keputusan untuk meletakkan jawatan dan akhirnya membatalkan hasrat berbuat demikian.

Selain itu, Fahmi berkata perjalanan pemilihan berlangsung dalam suasana meriah malah di peringkat bahagian juga aman tanpa insiden kekerasan, merosakkan harta-benda atau mengganggu ketenteraman awam sekali gus menyaksikan pemilihan kali ini jauh lebih berkesan dan baik berbanding sebelum ini.

Sementara itu, mengenai persiapan Kongres Nasional PKR pada 23 hingga 25 Mei ini di Johor Bahru, Fahmi berkata ia berjalan lancar dengan usaha jelajah kita keadilan oleh pejabat setiausaha agung dengan JPP yang telah pergi ke beberapa lokasi.

“Ia akan terus dilaksanakan hingga minggu depan. Ini adalah langkah yang baik dan neutral, kita tidak membenarkan atau berkempen secara kelompok atau berkumpulan, malah nanti hari pemilihan juga tidak dibenarkan menggunakan ‘cai’ atau menu.

“Saya teliti dalam sistem pemilihan, gambar calon-calon dimuat naik dengan semua latar belakang biru muda dan ini juga menunjukkan bahawa kita mengetepikan semua fraksi, kumpulan atau pasukan dalam bertanding sebaliknya kita (bertanding) dalam keluarga besar Keadilan,” katanya.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Wanita dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 Mei dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei. – Bernama

Berita berkaitan
Rekod PAS jelas, kawan akan jadi lawan: Saifuddin Nasution
5 jam lalu· Politik
Mahu fokus pemulihan ekonomi, bukan tangguh PRU demi kuasa: Anwar
June 7, 2026· Politik
Rakyat Johor perlu tolak Parti Kancil bawa politik dendam: AMK
June 7, 2026· Politik
PRN Johor penentu masa depan negeri: Fahmi
June 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
4 jam lalu · Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
4 jam lalu · Politik
Bersatu tetap teguh walau ditinggalkan PAS: Azmin
5 jam lalu · Politik
Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor
5 jam lalu · Politik
Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok