Tindakan Rafizi serang parti tidak bijaksana: Shamsul Iskandar

May 22, 2025 · Politik

Kempen jelajah Rafizi Ramli yang dilihat keras dan lantang menyerang parti dilihat bukan satu langkah bijaksana, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu berkata tindakan Rafizi itu sebagai mengugat keharmonian parti dan boleh mencacatkan persepsi rakyat terhadap kepemimpinan negara ketika ini.

Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Hang Tuah Jaya, berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR sudah memberi panduan dan peringatan kepada semua calon bertanding pada pemilihan kali ini supaya tidak ‘terlajak’ ketika berkempen, sebaliknya perlu dilakukan dalam suasana penuh harmoni.

“Sebagai pemimpin lama dalam politik kita faham (saranan Anwar itu) dan tentunya kita mahu menjadikan pemilihan ini satu medan untuk memilih pemimpin yang dirasakan boleh menyediakan satu wadah yang boleh diterima oleh pelbagai kaum, kumpulan serta lapisan usia.

“Dalam keadaan sekarang ini rakyat negara ini memberi fokus kepada keadilan kerana kita adalah parti yang teras serta pengemudi kepada kerajaan Malaysia MADANI dan kita mesti menunjukkan contoh yang baik.

“Saya tidak fikir pendekatan (dilakukan Rafizi) itu bijaksana kerana kita seharusnya memberikan satu keadaan yang kondusif dan kefahaman jelas kepada anggota parti mengenai hala tuju kita daripada melakukan tindakan yang boleh mencacatkan persepsi dalam kalangan ahli serta rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kunci Rumah Mesra Rakyat 2025 Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kepada dua penerima di Taman Desa Molek, Ayer Molek ari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menerusi beberapa siri kempen Jelajah Hiruk (Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa) melakukan serangan terbuka kepada kepemimpinan PKR, selain membuat beberapa kenyataan ‘panas’.

Ini termasuk membayangkan beliau mungkin akan kembali tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sekiranya tiada lagi berjawatan dalam kerajaan dan parti.

Susulan itu, Shamsul Iskandar mengajak pengundi serta perwakilan Kongres PKR yang akan bermula esok membuat pilihan bijak bagi memastikan pemimpin nombor dua yang dipilih mestilah mampu untuk bersama dengan Anwar mengemudi parti.

“Saya percaya perwakilan bijak menilai pemimpin yang bagaimana untuk diletakkan di posisi nombor dua bagi membantu Perdana Menteri,” katanya.

Berita berkaitan
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
15 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
4 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
4 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
5 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
12 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok