Trafik lebuh raya dijangka sesak esok: Polis

February 17, 2026 · Isu semasa

Aliran trafik di lebuh raya utama serta jalan Persekutuan dijangka meningkat dan berpotensi sesak bermula esok berikutan pergerakan orang ramai yang pulang ke bandar selepas cuti perayaan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Muhammed Hasbullah Ali berkata peningkatan jumlah kenderaan dijangka melibatkan laluan dari arah utara dan selatan menuju ke ibu negara serta kawasan bandar utama.

Menurutnya, kira-kira 10,000 pegawai dan anggota akan digerakkan sepanjang Op Selamat dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan aliran trafik terkawal dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

“Kami jangka pergerakan kenderaan meningkat dari awal pagi hingga lewat malam. Pengguna jalan raya dinasihatkan rancang perjalanan lebih awal, elakkan waktu puncak dan patuhi arahan anggota bertugas,” katanya dipetik laporan media.

Beliau turut memaklumkan pemantauan trafik akan dilakukan secara berterusan melalui rondaan lebuh raya selain tindakan pantas sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk.

“Orang ramai digalakkan semak maklumat trafik semasa melalui saluran rasmi JSPT dan pengendali lebuh raya supaya tidak terperangkap dalam kesesakan,” katanya.

Setiap kali musim perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali, lebuh raya utama negara sering mencatat peningkatan trafik mendadak susulan pergerakan serentak orang ramai.

Keadaan ini biasanya menyebabkan kesesakan panjang terutama di laluan masuk ke bandar besar dan kawasan rehat lebuh raya.

Justeru, pihak berkuasa sentiasa melaksanakan operasi khas bagi memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar untuk semua pengguna jalan raya.

Berita berkaitan
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri
July 15, 2026· Isu semasa
Rakyat Malaysia ditahan di Macau bawa heroin RM2 juta: Laporan
July 6, 2026· Isu semasa
Penjawat awam rugi lebih RM22,000 diperdaya iklan pelaburan Facebook
July 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
4 jam lalu · Isu semasa
Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
5 jam lalu · Isu semasa
Rosmah gagal gugurkan hakim kes solar, mahkamah tolak permohonan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok