Tuan Ibrahim: MCA dan MIC dialu-alukan sertai Perikatan Nasional

August 31, 2025 · Politik

Tuan Ibrahim Tuan Man, secara rasmi menjemput MCA dan MIC untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) berikutan kekecewaan kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu yang dipinggirkan dalam kerajaan.

Timbalan Presiden PAS itu berkata tidak ada masalah untuk PN menerima kedua-dua parti komponen BN itu jika mereka mahu bersama memandangkan mempunyai pengaruh masing-masing.

“MCA dan MIC bebas tentukan hala tuju mereka. Kita alu-alukan bersama kita. Jika MCA dan MIC hendak sertai kita, tidak ada masalah sebab setiap parti ada segmen dan penyokong sendiri,” katanya dipetik dalam wawancara eksklusif dengan Berita Harian.

Gesaan ini dibuat selepas sekurang-kurangnya dua bahagian MIC negeri meluluskan resolusi untuk keluar daripada BN akibat rasa tidak puas hati dengan pengabaian yang dialami.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim mendedahkan PN telah menubuhkan Majlis Presiden secara rasmi dengan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Majlis yang terdiri daripada pemimpin empat parti komponen PN ini akan berfungsi sebagai penimbang tara utama bagi isu-isu yang tidak dapat diselesaikan di peringkat bawahan.

“Majlis Presiden penting sebab tidak semua perkara kita boleh selesaikan di bawah. Ada perkara kita kena bincang, teliti satu persatu,” jelasnya sambil menegaskan bahawa penubuhan majlis ini tidak menghakis peranan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin yang akan mempengerusikan mesyuarat.

Mengenai calon Perdana Menteri, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak perlu mengemukakan “poster boy” untuk jawatan tersebut memandangkan pelantikan tersebut adalah mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan.

Berita berkaitan
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
23 jam lalu· Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
September 21, 2026· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
September 21, 2026· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
13 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
13 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
13 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
19 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok