Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi memberikan tumpuan kepada urusan rasmi negeri.
Pengelola Bijaya Diraja Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, komitmen Tuanku Muhriz ketika ini termasuk menghadiri Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.
Menurut beliau, penjelasan itu dikeluarkan bagi memperbetulkan laporan media berhubung dakwaan mengenai jemputan kepada Tuanku Muhriz untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
“Istana Negeri Sembilan juga ingin menjelaskan kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Azizi turut menjelaskan Tuanku Muhriz tidak menerima sebarang surat atau warkah jemputan daripada Pengerusi Mesyuarat, Sultan Perak, bagi menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis Raja-Raja.
Dalam kenyataan sama, Istana Negeri Sembilan menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara itu sebelum ini kepada mana-mana pihak atau organisasi media.
Penjelasan tersebut dibuat susulan laporan yang menimbulkan persoalan mengenai kehadiran Tuanku Muhriz dalam mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja merupakan platform penting yang menghimpunkan Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara serta hal ehwal institusi diraja, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam perkembangan ini, Istana Negeri Sembilan menjelaskan keputusan Tuanku Muhriz tidak berangkat adalah bagi membolehkan baginda memberikan perhatian kepada urusan negeri yang telah dikenal pasti.
Pempengaruh digesa jangan eksploitasi isu 3R demi populariti: Yuneswaran
Belanjawan: M40 nikmati pelepasan cukai lebih tinggi tahun depan
Belanjawan 2027 dijangka pacu pelaburan berkualiti: MIDA
KWSP perkenal potongan zakat dividen Simpanan Syariah
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum