Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu

October 8, 2026 · Politik

Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, memilih untuk menyelesaikan urusan pelantikan ketua kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terlebih dahulu sebelum menangani kemelut pelantikan semula barisan Exco kerajaan negeri.

Beliau berkata, urusan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa meskipun 10 pelantikan Exco sebelum ini dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Menurut Ismail, keutamaan ketika ini ialah memastikan urusan di peringkat akar umbi tidak terganggu kerana JPKK memainkan peranan penting dalam menyampaikan bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat.

“JPKK ini, sebagaimana kita sedia maklum, mempunyai peranan yang penting untuk rakyat di peringkat bawahan kerana rakyat memerlukan macam-macam bantuan daripada JPKK,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Mengulas mengenai kemungkinan pelantikan Exco baharu, Ismail berkata perkara itu akan diselesaikan selepas urusan ketua kampung dan JPKK diberi perhatian.

“Hari ini dalam pelantikan ketua kampung semua ok, tak ada terganggu. Ok sahaja.

“Jadi, untuk Exco biarlah dulu. Sebab sekarang ini kita selesaikan satu-satu lah, one at a time orang kata,” katanya.

Kemelut pelantikan Exco Negeri Sembilan kini menjadi perhatian selepas 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban pada 5 Oktober lalu bagi mencabar keabsahan pewartaan pembatalan pelantikan mereka.

Firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam kenyataan media memaklumkan saman itu antara lain memohon mahkamah menentukan sama ada pewartaan dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zafir Ibrahim, adalah sah dan berkuat kuasa.

Pemohon mendakwa pembatalan pelantikan mereka oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dibuat tanpa nasihat Menteri Besar.

Mereka berhujah nasihat Menteri Besar diperlukan mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail turut memaklumkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sebelum ini dijadualkan berlangsung bulan ini ditangguhkan ke akhir November dan akan diteruskan pada Disember.

Beliau berkata persidangan berkenaan akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan seperti kelaziman.

“Jadi kita beri masa sikit dan kita akan adakan sidang DUN pada akhir November dan juga Disember. Pembukaan secara lazimnya oleh Yang di-Pertuan Besar,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
18 jam lalu· Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
October 8, 2026· Politik
10 ADUN Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan Exco di mahkamah
October 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
18 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
23 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026 · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok