Tujuh kapal tangki Malaysia tunggu lampu hijau lalui Selat Hormuz

March 28, 2026 · Isu semasa

Tujuh kapal tangki milik syarikat Malaysia kini berada dalam keadaan bersedia untuk melalui Selat Hormuz, namun masih menunggu masa paling selamat susulan ketegangan yang berterusan di Asia Barat.

Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, kapal-kapal berkenaan, termasuk milik Petronas dan Sapura Energy, tidak ditahan oleh mana-mana pihak, sebaliknya menunggu giliran untuk bergerak bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Menurutnya, kerajaan Iran telah memberikan maklum balas positif terhadap permohonan Malaysia bagi membolehkan kapal tersebut meneruskan perjalanan.

“Saya dan Perdana Menteri telah berhubung dengan pihak berkaitan dan dimaklumkan tiada halangan untuk kapal kita meneruskan perjalanan, namun mereka perlu menunggu giliran,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menjelaskan keadaan di Selat Hormuz ketika ini sangat sensitif berikutan kesesakan laluan kapal serta cabaran komunikasi dalam situasi konflik.

“Kita mahu pastikan semuanya berjalan lancar dan selamat. Jika komunikasi tidak diurus dengan baik, ia boleh membawa kepada insiden tidak diingini,” katanya.

Tambah beliau, terdapat juga kekangan dalam penyampaian arahan akibat gangguan komunikasi, terutama dalam keadaan perang.

“Kadangkala arahan dari Tehran tidak sampai dengan jelas ke kawasan Selat Hormuz, dan ini menambah cabaran kepada pergerakan kapal,” ujarnya.

Selat Hormuz merupakan laluan strategik dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak global.

Ketegangan geopolitik di rantau itu sering memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa serta keselamatan maritim.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata komunikasi dengan rakyat Malaysia di Iran kini agak terhad akibat gangguan sistem, namun kerajaan terus memantau keadaan mereka.

Beliau turut memaklumkan perjalanan umrah masih boleh diteruskan kerana ruang udara Arab Saudi kekal dibuka, tetapi orang ramai dinasihatkan menangguhkan perjalanan jika tiada keperluan mendesak.

“Jika boleh tangguh, elok ditangguhkan dalam keadaan tidak menentu ini, tetapi jika sudah membuat persiapan, penerbangan masih berjalan seperti biasa,” katanya.

Berita berkaitan
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
7 jam lalu· Isu semasa
Kapal minyak Malaysia hampiri perairan negara dari Selat Hormuz: PMX
April 17, 2026· Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
April 16, 2026· Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
April 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
April 18, 2026 · Isu semasa
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
April 18, 2026 · Isu semasa
Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar
April 18, 2026 · Isu semasa
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok