Tun Faisal dedah gerakan kumpul SD kerjasama dengan UMNO tukar kerajaan

November 2, 2025 · Politik

Gerakan mengumpul Surat Akuan Berkanun (SD) yang dibuat beberapa individu dalam Bersatu sebelum ini adalah bertujuan untuk menukar kerajaan sedia ada dengan kerjasama UMNO, dedah Tun Faisal Ismail Aziz.

Ketua Penerangan Bersatu itu mendedahkan menerima maklumat daripada seorang Ketua Bahagian dari Negeri Sembilan semasa pertemuan di kediaman ‘White House’ yang dijadikan tempat pertemuan mengumpul SD untuk menjatuhkan Presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Menurut Tun Faisal, Ketua Bahagian terbabit telah berjumpa dengan pegawai Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin dan diberikan satu SD untuk ditandatangani bagi meminta Muhyiddin berundur.

“Bila dia baca SD itu, dia tanya, kita nak Tan Sri Muhyiddin berundur ni. Kalau saya sign ni, kita boleh tukar kerajaan ke?” kata Tun Faisal semasa wawancara Podcast The Tiger Show.

Katanya, pegawai Hamzah kemudian memberitahu memang telah wujud pakatan dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan rancangan itu dikatakan untuk membuat UMNO meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan baharu dengan Perikatan Nasional (PN) sekiranya Muhyiddin berundur.

“Bila dia dengar itu, dia tanyalah, siapa PM? Dia kata, Zahid lah PM. Habis, kita Datuk Seri Hamzah? Datuk Seri Hamzah akan jadi TPM,” katanya.

Mendengarkan perkara itu, Tun Faisal berkata Ketua Bahagian berkenaan terkejut apabila diberitahu Zahid akan menjadi PM sekiranya gerakan itu berjaya.

“Dia kata, saya tak boleh terima… Dia bersatu original. Dia tak boleh masuk UMNO tu dulu ni,” ujar Tun Faisal memetik luahan Ketua Bahagian itu, yang kemudian meminta untuk membawa pulang SD berkenaan.

Tun Faisal berkata naratif ini menunjukkan percanggahan dalam cerita yang berlaku dan mempersoalkan logik dakwaan UMNO, yang didakwanya tidak berasas, mampu meninggalkan PH untuk menyokong Hamzah.

“Tak logik lah. Jadi, nampaknya dua-dua naratif ni macam bohong,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan isu ini sudah bukan lagi isu dalaman parti semata-mata.

“Ada campur tangan luar. Ini sudah ada faktor luar yang datang,” tegasnya, sambil menyifatkan tindakan tertentu dalam parti kini seolah-olah bertujuan memusnahkan Bersatu.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
9 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu· Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
17 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
17 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok