Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Tun Faisal Ismail Aziz menyelar kenyataan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin, yang disifatkannya sebagai angkuh berhubung isu “rumah” politik.
Kenyataan Ketua Penerangan Bersatu itu timbul selepas Hamzah dilaporkan menyindir pihak yang mendakwa beliau kini tidak mempunyai sokongan dan sedang mencari platform politik baharu susulan pemecatannya daripada Bersatu.
“Yang kata saya berlegar-legar ini apa? Engkau yang kecil berlegar-legar itu rasalah sedar diri sikit,” kata Hamzah dipetik laporan media.
Mengulas perkara itu, Tun Faisal berkata kenyataan tersebut bukan sahaja mengelirukan orang ramai, malah mencerminkan sikap bongkak.
“Bila dengar kenyataan angkuh ini, ramai yang keliru siapa sebenarnya ada ‘rumah’, siapa yang gelandangan, dan siapa yang hanya ada sokongan kecil berbanding ratusan ribu ahli Bersatu,” katanya dalam kenyataan.
Isu “rumah politik” kini menjadi perhatian selepas beberapa perkembangan dalaman parti, termasuk tindakan disiplin terhadap pemimpin tertentu, serta wujudnya gerakan yang dikaitkan dengan agenda ‘Reset’.
Hamzah sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti lain, malah memberi bayangan bahawa platform baharu itu masih berada dalam gabungan Perikatan Nasional.
Dalam kenyataan sama, Tun Faisal turut mengingatkan mana-mana pihak yang mungkin menerima Hamzah supaya lebih berhati-hati.
“Masuk rumah orang, jangan sampai lupa diri hingga mahu jadikan rumah orang seperti rumah sendiri dan akhirnya menghalau tuan asal,” katanya.
Beliau juga memberi amaran bahawa perebutan jawatan dan kerusi pilihan raya boleh mencetuskan konflik dalaman jika tidak dikawal.
“Jangan sampai berlaku pertelingkahan sesama sendiri hanya kerana mahu mengangkat seorang individu,” ujarnya lagi.
Tambahnya, pengalaman lalu menunjukkan tindakan segelintir pihak yang melanggar disiplin parti dan mencetuskan kontroversi boleh menjejaskan kestabilan sesebuah organisasi politik.
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan