Tunggu Parlimen bubar sebelum lepas kerusi, ingat tanggungjawab: Azalina

May 18, 2026 · Politik

Tindakan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi ketika penggal Parlimen masih berbaki disifatkan tidak wajar kerana boleh menjejaskan kepentingan rakyat yang memilih mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, setiap wakil rakyat mempunyai tanggungjawab untuk terus berkhidmat sehingga tamat tempoh penggal, selain membawa suara pengundi di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, rakyat memerlukan wakil rakyat yang boleh dihubungi dan membantu menyelesaikan masalah mereka di kawasan masing-masing.

“Kasihanlah pada rakyat, pengundi di Pandan. Mereka mengharapkan wakil rakyat itu ada. Paling tidak pun bolehlah mereka ketuk pintu kalau ada masalah atau perlukan bantuan,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Pengantaraan Komersial Pro Bono 2026 oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), hari ini.

Beliau mengulas keputusan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengosongkan kerusi masing-masing sebelum tamat penggal Parlimen ke-15.

Tindakan itu mencetuskan perdebatan kerana dianggap bercanggah dengan semangat undang-undang anti lompat parti yang diperkenalkan bagi memastikan kestabilan politik negara selepas beberapa episod pertukaran kerajaan sejak 2020.

Azalina berkata, wakil rakyat sememangnya mempunyai hak untuk membuat keputusan politik sendiri, namun pandangan dan harapan pengundi tidak sepatutnya diketepikan.

“Selagi Parlimen belum dibubar, selesaikan dulu tanggungjawab kepada rakyat dalam tempoh lima tahun itu. Lepas itu kalau mahu bertanding atau masuk parti lain, itu terpulang,” katanya.

Beliau turut mengakui setiap pemimpin mungkin mempunyai alasan tersendiri, namun bimbang rakyat akan kecewa selepas bersusah payah keluar mengundi.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi dilaporkan sudah menyerahkan notis rasmi pengosongan kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Parlimen ke-15 ketika ini masih mempunyai baki kira-kira 18 bulan sebelum terbubar secara automatik.

Berita berkaitan
Selagi ada majoriti, Anwar tak perlu bubar Parlimen: Loke
November 15, 2026· Politik
BN belum fikir kerjasama dengan PN untuk hadapi PRU-16: Zahid
November 15, 2026· Politik
Syed Abu Hussin pertimbang guna tiket PKR di Bukit Gantang: Laporan
5 jam lalu· Politik
21 calon PRN Melaka hilang wang deposit, parti Rafizi tercorot
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PH bedah keputusan PRN Melaka minggu depan, teliti aspek persediaan jentera
November 15, 2026 · Politik
Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka penggal kedua
5 jam lalu · Politik
Puad cadang Perak, Pahang bubar DUN selepas kejayaan BN-PN di Melaka
6 jam lalu · Politik
Keputusan rasmi: SPR umum BN-PN kuasai 24 kerusi DUN Melaka
16 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf hampir pertahan kerusi Tanjung Bidara
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi
November 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok