Umat Islam jangan normalisasikan budaya berkaitan arak: Mohd Na’im

October 8, 2025 · Isu semasa

Umat Islam diingatkan agar tidak menormalisasikan sebarang bentuk budaya yang berkaitan dengan arak dalam mana-mana acara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar menekankan umat Islam perlu lebih peka mengenai perkara itu memandangkan arak dan segala bentuk penglibatan dengannya adalah jelas haram di sisi agama.

Mohd Na’im mengulas insiden semburan arak meraikan kemenangan pasukan Formula One di Grand Prix Singapura, baru-baru ini yang mendapat perhatian umum.

“Saya rasa dari sudut hukum mengenai arak ini adalah jelas. Sudah tentu dalam keadaan semasa ini, kita tidak mahu arak ini dinormalisasikan. Jadi, kena tahu mana yang boleh dan mana yang tidak boleh,” ujarnya.

Mohd Na’im terdahulu merasmikan Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Kebangsaan 2025 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, turut menyeru semua pihak agar merujuk kepada pihak berkuasa khususnya golongan agamawan, bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.

Mohd Na’im turut mengharapkan kefahaman daripada masyarakat bukan Islam mengenai sensitiviti umat Islam terhadap arak.

“Nasihat saya khususnya kepada rakan-rakan yang beragama Islam untuk melihat kepada sensitiviti isu berkaitan dengan arak ini kerana sudah jelas hukumnya haram,” jelasnya.

Walaupun minuman keras tiada halangan bagi bukan Islam, Mohd Na’im berharap mereka dapat menghormati sensitiviti orang lain.

“Pada rakan-rakan yang bukan beragama Islam pula, tidak ada halangan untuk mereka, tapi dalam konteks Islam, ia memang satu perkara yang telah diharamkan,” tambahnya lagi.

Justeru, katanya, saling memahami dan menghormati sensitiviti agama serta budaya antara satu sama lain adalah asas penting ke arah pembentukan sebuah negara Madani yang aman dan damai.

Berita berkaitan
PAS jangan sibuk isu Taiwan, bahas Tabung Haji dulu: AMK
August 22, 2026· Politik
Perobohan kuil: Mufti Perlis gesa hormati undang-undang, jangan cetus sentimen
August 21, 2026· Isu semasa
Lima kali BNM beri amaran, masalah TH tetap tidak diendah pengurusan terdahulu
August 11, 2026· Isu semasa
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
July 29, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
1 jam lalu · Isu semasa
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
1 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
13 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
17 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok