UMNO mahu satu lagi jawatan dalam Kabinet selepas Zafrul keluar: Zahid

May 31, 2025 · Politik

Keputusan Tengku Zafrul Abdul Aziz meletak jawatan bermakna UMNO kini mempunyai satu kekosongan untuk diisi dalam barisan Kabinet, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata akan memohon kepada Anwar Ibrahim dengan prerogatif sebagai Perdana Menteri dapat mengembalikan semula kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet kepada mereka susulan tindakan Tengku Zafrul meninggalkan parti itu.

“Bagi saya yang lebih penting ialah UMNO diwakili tujuh orang menteri dalam kabinet, walaupun kita tidak pasti sama ada pelantikan Tengku Zafrul (sebagai menteri) dilakukan atas kapasiti UMNO atau sebaliknya, tetapi anggapan kita beliau daripada UMNO.

“Jika begitu, sekarang UMNO tinggal hanya enam menteri penuh, dengan keberadaan Tengku Zafrul di luar UMNO maka layaklah UMNO memohon satu kerusi supaya diberi kepada kita,” katanya dipetik laporan media.

Dalam pada itu, Zahid juga memberitahu UMNO telah menerima surat peletakan jawatan Zafrul sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan jawatan lain disandangnya.

“Semalam apabila kita semak, tiada (terima surat), tetapi pada pagi tadi apabila kita semak semula surat tersebut telah dihantar kepada Setiausaha Kerja UMNO Mohd Sumali Reduan.

“Kita (UMNO) terima surat peletakan jawatan dan keluar keahlian sebagai ahli UMNO,” katanya.

Zahid juga berkata dia akan meminta pandangan penasihat undang-undang UMNO untuk melihat sama ada Zafrul telah melanggar perjanjian ditandatanganinya semasa menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

“Untuk calon dalam PRU lepas, jika mereka keluar parti maka mereka boleh didenda RM100 juta berdasarkan akuan sumpah mereka. Zafrul bertanding, tetapi beliau kalah dan dilantik semula sebagai senator.

“Jadi saya perlu periksa dulu dengan penasihat undang-undang UMNO,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
2 jam lalu· Politik
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
October 10, 2026· Politik
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
October 10, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
October 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
2 jam lalu · Politik
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
6 jam lalu · Politik
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
7 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
October 10, 2026 · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok