UMNO rayu kepada Agong untuk Najib diberi tahanan rumah

July 11, 2025 · Politik

Rayuan dikemukakan UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar bekas perdana menteri, Najib Razak diberikan tahanan rumah.

Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan merafak sembah kepada baginda untuk menerima permohonan membenarkan Najib ditahan di rumah memandangkan wujud titah adendum sebelum ini, disamping kuasa mutlak dimiliki baginda.

Katanya, pengesahan titah adendum di mahkamah sebelum ini juga memperakui titah bagi penahanan rumah buat Najib adalah tulen.

“UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada kebawah duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Semoga dengan limpah kurnia ke bawah duli yang maha mulia Tuanku akan membolehkan Najib mendapat keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu,” katanya hari ini.

Pada 9 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa Peguam Negara tidak menafikan kewujudan titah adendum tahanan rumah buat Najib.

Sebaliknya kata Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menegaskan bahawa pihaknya hanya mempertikai cara Najib mengemukakan bukti baru itu di mahkamah.

“Responden harus mematuhi peraturan dan tatacara mahkamah untuk mengemukakan bukti baru,” katanya.

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung rayuan peguam negara mengenai kewujudan dokumen tambahan yang didakwa membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan di rumah.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah Shamsul dan peguam mewakili ahli politik terbabit, Muhammad Shafee Abdullah.

Berita berkaitan
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu· Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu· Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
24 jam lalu · Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
24 jam lalu · Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok