UMNO Sembrong tetap mahu pimpinan parti pertimbang penggantungan Hisham

July 3, 2025 · Politik

Pucuk pimpinan parti digesa untuk mempertimbangkan keputusan penggantungan keahlian Hishammuddin Hussein sebelum ini dan menerimanya sebagai ahli semula, kata UMNO Bahagian Sembrong.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Abdul Ghani Abdul Rashid berkata keadilan perlu diberikan kepada Hishammuddin dengan  Lembaga Displin sepatutnya memberikan alasan bertulis keputusan penggantungan sebelum ini dan memberi peluang kepadanya untuk menjawab semua pertuduhan.

“UMNO perlu ikut proses dan amalan biasa Lembaga Disiplin hadapkan yang dituduh kepada lembaga, bentangkan tuduhan dan beri peluang individu itu menafikan tuduhan tersebut. Kemudian, lembaga akan menimbang secara adil.

“Jika benar ada pelanggaran disiplin, ia perlu dibuktikan melalui proses telus dan adil seperti diamalkan UMNO sejak dulu,” katanya dipetik laporan FMT.

Beliau berkata, pihaknya mengikut semua proses ditetapkan dalam membawa usul penggantungan Hishammuddin ditarik balik serta-merta tanpa sebarang syarat.

“Usul (tarik balik penggantungan Hishammuddin) yang dibawa UMNO Sembrong sebelum ini juga mengikut prosedur sedia ada, di mana ia dibincang dalam jawatankuasa usul, dimaklumkan jawapan dan keputusan kepada pembawa usul.”

Terdahulu, UMNO Sembrong semasa mesyuarat agung pada 21 Jun lalu mengemukakan usul supaya pucuk pimpinan parti mempertimbangkan untuk menerima Hishamuddin semula.

Ketua UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi kemudian dilaporkan sudah membawa usul berkaitan ke Biro Politik untuk dibincangkan.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong dilaporkan berkata, beliau enggan merayu kerana tidak tahu sebab keahliannya digantung enam tahun bermula Januari 2023.

Media memetik surat penggantungan itu melaporkan Hishamuddin digantung kerana melanggar Fasal 20.9 perlembagaan parti, tanpa butiran lanjut.

Berita berkaitan
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
April 14, 2026· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
6 jam lalu · Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
9 jam lalu · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
9 jam lalu · Politik
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
9 jam lalu · Politik
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok