UMNO Sipitang boikot calon PKR anak Musa di Sindumin, enggan kempen bersama

November 14, 2025 · Politik

UMNO Bahagian Sipitang mengumumkan sikap untuk tidak bekerjasama dengan calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Keputusan ini dibuat berikutan kekecewaan mereka kerana calon Barisan Nasional (BN) tidak diletakkan di kerusi berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abd Rahman Mohd Noh, menjelaskan keputusan tersebut telah diputuskan secara sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa parti itu.

“UMNO Bahagian Sipitang menzahirkan rasa dukacita apabila Barisan Nasional (BN) DUN Sindumin tidak diberikan ruang untuk meletakkan calon daripada UMNO-BN,” katanya dipetik laporan media.

Sebagai tindakan membantah, semua Bilik Gerakan di 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi kawasan DUN Sindumin akan ditutup serta-merta.

“Jentera BN di kawasan berkenaan tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh mana-mana parti lain bagi tujuan kempen atau aktiviti politik,” ujarnya lagi.

Sokongan penuh sebaliknya akan diberikan kepada calon UMNO di kerusi DUN Lumadan, iaitu Mohd Nazri Abdullah.

Menurut Abd Rahman, keputusan untuk tidak membantu PKR juga selaras dengan Perlembagaan UMNO yang melarang bantuan kepada calon yang pernah ‘khianat dan dipecat’ daripada parti.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan perjuangan dan maruah UMNO di kawasan Sipitang terus dipertahankan, selaras dengan semangat solidariti parti,” tegasnya.

Pengumuman ini dibuat selepas PKR mengumumkan Yamani Hafez Musa, anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman, sebagai calon mereka di Sindumin.

Situasi ini diramalkan akan menambah kepanasan persaingan di kerusi berkenaan.

Berita berkaitan
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
2 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
3 jam lalu· Politik
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
3 jam lalu· Politik
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
3 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
3 jam lalu · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
8 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
11 jam lalu · Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
11 jam lalu · Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok