UMNO tak boleh halang keputusan Zafrul: Khaled

June 3, 2025 · Politik

Keputusan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu menyertai PKR tidak boleh dihalang UMNO kerana itu adalah pendirian peribadinya, kata Mohamed Khaled Nordin.

Naib Presiden UMNO itu berkata susulan tindakan Zafrul tersebut, setakat ini tiada perbincangan antara parti itu dan PKR berhubung isu tersebut tetapi menasihati sepatutnya parti dalam kerajaan sekarang menghormati antara satu sama lain.

“Apa pun, kerajaan yang ada pada hari ini adalah hasil gabungan parti-parti yang bersetuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Sewajarnya, apa pun perlu ada hormat menghormati antara parti yang ada,” katanya dipetik laporan BH.

Jumaat lalu, Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industrimengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO, dan surat peletakan jawatan itu sudah dihantar kepada pimpinan parti.

Beliau juga mengesahkan sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

Ditanya berhubung tuntutan kuota menteri untuk UMNO susulan tindakan Zafrul, Khaled berkata, perkara itu akan dirunding dalam parti.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini berharap Kerajaan Perpaduan memberi satu jawatan menteri kepada UMNO bagi mencukupkan kuota tujuh menteri yang diperuntukkan kepada parti itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memaklumkan, kedudukan Zafrul dalam Kabinet tidak terjejas biarpun beliau mengumumkan keluar UMNO dan berhasrat menyertai PKR.

Perdana Menteri berkata, Tengku Zafrul sudah memainkan peranan penting dalam menarik kemasukan pelaburan bernilai ratusan bilion ke dalam negara.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
10 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
10 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
13 jam lalu· Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
7 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
7 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
7 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
8 jam lalu · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok