UMNO tak rugi pun dengan penyertaan Khir Toyo ke Bersatu: Puad

August 7, 2025 · Politik

Penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada UMNO, tegas Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sebaliknya, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu secara sindiran menyifatkan penyertaan Khir Toyo itu sebagai “membawa kudis penyapu” ke dalam Bersatu, merujuk kepada kontroversi lampau Khir Toyo yang menjadi antara faktor UMNO kehilangan kuasa di Selangor.

“UMNO tidak rugi sesen pun. Bawalah kudis ‘penyapu’ ke dalam Bersatu,” katanya dalam hantaran Facebook yang penuh sindiran.

Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor menegaskan bahawa akar umbi UMNO, penjawat awam, orang Melayu dan rakyat tidak akan melupakan “legasi penyapu” Khir Toyo yang menjadi punca UMNO hilang kuasa di Selangor sehingga hari ini.

Beliau turut mempersoalkan kredibiliti Khir Toyo yang kini tiba-tiba bercakap soal dominasi politik, sedangkan pemikirannya dianggap sudah ketinggalan zaman dari segi realiti dan taktik politik semasa.

“Dominan tidak semestinya UMNO perlu bertanding banyak kerusi dan menang majoriti dua pertiga. Berkongsi kuasa di peringkat pusat dan mentadbir Johor, Melaka, Perak dan Pahang adalah permulaan baik untuk UMNO kembali dominan selepas kehilangan kuasa pada PRU 2018,” jelas Puad.

Menurutnya, konsep dominasi dalam politik baharu kini memerlukan definisi berbeza, dominasi dalam agenda rakyat, menteri berprestasi tinggi, berprinsip dan konsisten, bukannya sekadar bergantung pada bilangan kerusi semata-mata.

Puad menyifatkan alasan Khir Toyo menyertai Bersatu sebagai dangkal dan jauh menyimpang dari realiti politik baharu, apatah lagi beliau dianggap sudah tidak relevan dan tidak mampu membawa nilai baru kepada Bersatu.

“Hakikatnya, Khir menyertai Bersatu hanya kerana tidak dapat menerima UMNO bekerjasama dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di bawah Kerajaan Perpaduan,” dakwa Puad.

Beliau menambah, politik semasa memerlukan kebijaksanaan (wisdom) dan kepercayaan (trust), sedangkan Khir Toyo didakwa masih diselubungi nafsu untuk menjadi calon pilihan raya.

“Dia kecewa kerana tidak dicalonkan dalam PRU ke-15. Itulah sebab sebenar dia menyertai Bersatu,” tegas Puad.

Kenyataan Puad ini dilihat sebagai respons kepada kenyataan Khir Toyo semalam yang melabel UMNO hanya sebagai ‘supplement’ kepada Pakatan Harapan (PH) dan meramalkan parti itu tidak akan kembali dominan dalam politik negara.

Berita berkaitan
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
8 jam lalu· Politik
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
9 jam lalu· Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
April 14, 2026· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
6 jam lalu · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
8 jam lalu · Politik
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
9 jam lalu · Politik
Speaker belum terima surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Laporan
12 jam lalu · Politik
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
April 14, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok