Pasukan Rafizi Ramli.
Tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap Rafizi Ramli ekoran tindakannya mengumumkan ‘chai’ pilihannya menjelang pemilihan parti peringkat Pusat esok.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata ini kerana langkah itu bercanggah secara langsung dengan Garis Panduan Pemilihan 2025 yang telah ditetapkan oleh JPP.
“Kita sudah menegaskan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bahawa JPP akan mengambil tindakan ke atas mana-mana aduan termasuk kempen sendiri.
“Buat masa ini, JPP akan memberikan amaran keras kepada pihak-pihak yang terbabit.
“Seterusnya, aduan ini akan diangkat kepada Jawatankuasa Disiplin dan itu adalah keputusan yang telah dipersetujui MPP,” katanya pada Sesi Taklimat Media Sempena Kongres Nasional PKR 2025, di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh; Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kasim.
Semalam Rafizi yang Timbalan Presiden PKR dilapor mengumumkan ‘chai’ pilihannya membabitkan beberapa jawatan penting parti bagi pemilihan MPP esok.
Bagi perebutan empat slot Naib Presiden, Rafizi menyenaraikan empat nama yang menjadi pilihannya daripada senarai 12 calon yang mengesahkan bertanding.
Mereka ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, G Manivanan.
Walaupun penggunaan ‘chai’ dalam bentuk digital dibenarkan secara terhad, namun pengumuman terbuka dan agresif Rafizi melalui Facebook memperlihatkan unsur kempen berkumpulan yang dilarang keras.
Dalam pada itu, Zaliha berkata, beliau juga mengarahkan kain rentang calon yang diletakkan di kawasan pusat pemilihan sekitar bandaraya ini diturunkan.
“Kita telah adakan lawatan di lokasi berlangsungnya kongres dan ada beberapa ‘banner’ dinaikkan di kawasan pengundian dan kita telah minta diturunkan
“Calon-calon juga telah diarahkan mengeluarkan ‘banner’ bahan kempen keluar dari kawasan pengundian,” katanya.
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum